14 Manfaat Kelebihan Kegunaan Apabila Mengamalkan Ayat Al-Kursi
·
Manfaat Ayat
Kursi
Ayat 255 dari Surah Al-Baqarah yang lebih dikenali
sebagai ‘Ayat Al-Kursi’ ini juga digelar ‘Penghulu Segala Ayat Al-Qur’an.
Ayat ini diturunkan selepas hijrah Nabi Muhammad SAW,
dengan diiringi oleh beribu - ribu malaikat karena kebesaran dan kemuliaan-nya.
Syaitan dan iblis juga telah menjadi gempar kerana adanya satu alamat yang
menjadi perintang dalam perjuangan mereka. Maka Rasulullah SAW dengan segera
memerintahkan Zaid bin Tsabit (penulis Al-Qur’an) agar menulis serta
menyebarkannya.
Ayat ini disebut ‘Ayat Kursi’ kerana di dalamnya
terdapat perkataan ‘Kursi’, bermaksud ‘Tempat Duduk (Singgasana) Yang Megah
Lagi Yang Mempunyai Martabat / Kemuliaan. yaitu syiar atas kebesaran Tuhan yang
meliputi 7 lapis langit dan 7 lapis bumi.
·
Hikmat Ayat
Al-Kursi (Kekuasaan Allah)
Ayat Kursi adalah seutama - utama ayat di dalam Al-Qur’an.
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam menyuruh kita mengamalkan membaca surah
Kursi. Fadhilat dan kehebatan ayat ini telah diterangkan dalam 99 hadis yang
diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan lain-lain. Diantaranya adalah
sebagai berikut:
1. Seorang yang
selalu membaca ayat Kursi sangat dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana Dia
memelihara Nabi Muhammad SAW.
2. Seorang yang
berwudhu’ lalu membaca suroh Al-Kursi sekali, nescaya Allah akan meninggikan
darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut
bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat.
3. Seorang yang
membaca ayat Al-Qursi sebelum keluar rumah, maka Allah mengutuskan 70.000
Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendo’akan untuknya.
4. Seorang yang
sentiasa membaca ayat Al-Kursi, niscaya Allah SWT akan kurniakan kepada ahli
rumahnya kebaikan yang tidak terhitung banyaknya.
5. Seorang yang
Membacanya dapat menghilangkan rasa marah, dijauhi bala bencana dan gangguan
syaitan.
6. Seorang yang
membacanya ketika dalam kesempitan nescaya Allah azza wa jalla akan memberikan
pertolongan kepadanya dan jika seseorang itu miskin akan menjadi kaya.
7. Seorang yang
hendak pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah SWT hilangkan segala
kefakiran didepan matanya.
8. Seorang yang
dikalangan umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jum’at, kemudian
berwudu’ dan sholat sunnah dua rakaat, Allah SWT memelihara daripada kejahatan syaitan
dan kejahatan pembesar.
9. Seorang yang
membacanya niscaya Allah SWT mengutuskan malaikat untuk menulis kebaikannya dan
menghapuskan keburukan-nya dari detik itu sampai esok hari.
10. Seorang yang membaca Ayat Kursi yang dibaca
dengan penuh khusyuk, InsyaAllah, bisa menyebabkan syaitan dan jin terbakar.
11. Seorang yang
membaca ayat Al-Kursi sebanyak 170 kali, Di tengah malam atau diikuti sholat
Hajat, Insya Allah berhasil hajatnya. Memperolehi hidayah dan petunjuk dari
Allah Subhanahu wa Ta’ala. Meningkatkan kecerdikan dan terang hati. Terlepas
dari masalah dan kesukaran serta dimudahkan rezeki dan cita - cita.
12. Seorang yang
membaca ayat Al-Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas solat fardhu, ia akan;
Berada dalam
lindungan Allah SWT hingga sholat yang lain dan terpelihara daripada tipudaya
dan ganguan syaitan.
Allah SWT menganugerahkannya
hati - hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala
para nabi juga dilimpahkan padanya rahmat.
Allah akan
mengambil rohnya seperti orang yang berperang bersama para nabi sehingga mati
syahid.
Terpelihara
dari kekerasan malaikat maut dan dibangkitkan bersama para Mujahid yang
berjihad beserta para Anbiya.
Allah Azza Wa Jalla tidak mencegah
dia daripada masuk syurga.
Dikaruniakan
pahala seumpama pahala orang yang muttaqin dan pahala balasan amal orang - orang
siddiqin yaitu syurga.
13. Seorang yang
membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya;
Allah SWT.
mewakilkan dua Malaikat memeliharanya dan menjaga selama tidurnya hingga subuh.
Allah akan
membuka pintu rahmat baginya hingga ke Subuh, dan mengurniakan kota nur menurut
bilangan rambut dibadannya.
Terselamat
dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.
Allah mengurniakan keselamatan
kepadanya dan jiran- jirannya.
Jika sipembacanya meninggal dunia
pada malam itu, ia dikira mati syahid.
14. Orang yang
beramal dengan bacaan ayat Al-Kursi akan;
Mendapat
pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.
Terhindar daripada pencerobohan
pencuri.
Ayat Kursi
menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.
Allah akan memberikan keselamatan
ketika dalam perjalanannya.
Demikian referensi manfaat dari ayat suci Al-qur’an Ayatul Qursi, Semoga Bermanfaat. Amin. Amin ya robbal alamin. Alhamdulillah.
*****
Posting Komentar untuk "14 Manfaat Kelebihan Kegunaan Apabila Mengamalkan Ayat Al-Kursi"
Silahkan tinggalkan komentar agar kami lebih baik.